Friday, June 3, 2011

Harimau mati meninggalkan belang.


 "Harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama".
Assalamuaikum w.b.t.

      Kita selalu dengar pepatah Melayu diatas. Kenapa harimau mati tinggalkan belangnya dan sedangkan manusia mati meninggalkan namanya? Pujangga bahasa dulu-dulu memang pandai dalam mengkonklusikan sesuatu situasi kepada sesuatu perkara. Tidak dapat kita sangkal lagi memang pepatah ini memang tepat sekali.

     Ada lagi persoalan, kenapa nama? bukannya harta, anak bini atau apa-apa pun. Disini kita lihat kenapa pujangga dahulu tidak meletakkan harta dan sebagainya dalam pepatah ini. Setiap insan yang meninggalkan dunia yang sementara ini menuju alam akhirat akan meninggalkan "nama". Dalam konteks ini, nama bukan sahaja bererti nama seseorang, contoh, Peah, Ali, Abu dan sebagainya, malah ia juga boleh dikategorikan sebagai perangai atau tabiat seseorang itu termasuk juga perkejaan mereka.

     Nama, walaupun seseorang itu telah tiada tetapi nama itu masih kekal selamanya. Kalau namanya baik maka orang akan mengingatinya dengan nama yang baik-baik sahaja. Contoh, seseorang yang tabiatnya suka beramal soleh maka dia akan diingati oleh anak cucunya tentang tabiatnya yang baik itu. Lagi satu contoh, panggilan "cikgu", walaupun seorang guru itu telah lama bersara tetapi orang masih memanggil beliau dengan panggilan "cikgu". Sebaliknya pula, kalau nama yang ditinggalkan seseorang dengan nama yang tidak baik, sama sahaja orang akan masih mengingati namanya.

Jasamu tetapku kenang selamanya.
     Sebagai contoh, siapa yang ttak kenal dengan Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan kita. Walaupun, beliau telah lama meninggalkan kita. Jasanya memerdekakan Tanah Melayu ketika itu masih segar dalam ingatan kita selamanya.

      Adik nak tanya, bolehkah kita hidup selama-lamanya? bukankah setiap yang bernyawa pasti akan mati? Ya, memang semua yang hidup akan mati tetapi kita boleh "hidup" selamanya. BAGAIMANA? Ya, dengan meninggalkan nama. Manusia boleh "hidup" selamanya apabila nama yang ditinggalkan masih dikenang oleh masyarakat, nama yang baik ataupun buruk.

     Adik berharap kita dapat meniggalkan nama-nama yang baik-baik untuk generasi seterusnya ingat. Sekarang, Adik akan berusaha supaya yang ditinggalkan bukannya harta yang banyak sampai anak cucu susah untuk membahagi-bahagikannya tetapi satu nilai yang terhebat iaitu "nama".

~Manusia yang memerhati~
           ~Adik~

1 comment:

  1. Sebenarnya tajuk teringat mase tgk pirates of the caribbean.. hahaha.. ada mesej dalam movie nih.. (^.^)

    ReplyDelete