Monday, May 30, 2011

Blogger...


Assalamualaikum w.b.t.

     Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi akhirnya terbina juga blog Coretan Adik. Sekarang, Adik dah bergelar seorang blogger. Tidak dapat dinafikan menjadi seorang blogger  pada mulanya, Adik berasa sangat excited. Maklumlah baru first time buat blog.

      Pada hemat adik, menjadi seorang blogger nih sudah menjadi satu trend pada zaman sekarang setiap orang mesti mempunyai sebuah blog. Bagi Adik, mempunyai blog memberi peluang kepada kita untuk mengekspesikan pandangan serta pemerhatian blogger itu sendiri ataupun berkongsi pengalaman mereka. Disebalik perkara tersebut, sebenarnya blogger mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Walaupun dari mata kasarnya ianya adalah sebuah penulisan.
  
     Sejarah telah membuktikan bahawa hanya sebuah penulisan negara yang dijajah boleh merdeka. Rakyat yang dahulunya berpecah belah boleh disatukan hanya dengan sebuah PENULISAN. Walaupun sekarang penulisan dibuat dalam bentuk blog dan bukannya diatas kertas.
   
   
     Sudah terang lagi bersuluh, sebuah blog kadang kala boleh mempengaruhi sesetengah orang yang membacanya. Justeru, seorang blogger harus menilai apa yang mereka ingin sampaikan. Sebagai contoh, blog yang berbentuk Islamic akan mempengaruhi orang mendekatkan diri kepada Islam secara amnya serta meningkatkan keimanan sesetengah mereka, Isha-allah. Oleh itu, Adik menasihati diri Adik sendiri untuk menilai sesuatu penulisan yang dibuat adakah ia baik atau sebaliknya, berguna ataupun tidak untuk masyarakat.

~Insan Yang Memerhati~
     ~Adik~

No comments:

Post a Comment